Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Monday, December 11, 2023

PENGANJURAN TARGET SHOOTING PAINTBALL PROGRAM (KARNIVAL USAHAWAN DESA) KUD-PUTRAJAYA

 KELAB PAINTBALL GERAK GEMPUR WIRA PKB telah dijemput sebagai rakan startegik dengan Raskal Sprts Sdn Bhd bagi menjayakan Karnival Usahawan Desa (KUD) Putrajaya.

seramai 2 pelajar PKB (marshall paintball PKB) bertugas untuk Target Shooting Paintball sepanjang karnival tersebut.

Pengarah PKB turut hadir memberi semangat kepada pelajar PKB yang bertugas di karnival tersebut.













Tuesday, November 14, 2023

KURSUS ASAS KEPENGADILAN, KLINIK PAINTBALL DAN KEJOHANAN PAINTBALL KOMUNITI KELANTAN 2023@PKB

 2-4hb Nov 2023, Politeknik Kota Bharu, Kelantan.

Sukan paintball di negeri Kelantan agak ketinggalan kerana kurang penganjuran. Oleh itu Kelab Paintball Gerak Gempur Wira Politeknik Kota Bharu mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Pengadil, Klinik dan menganjurkan Kejohanan Paintball Komuniti@ Kelantan 2023. Peruntukan adalah dari Dana Sukan Komuniti Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kelolaan Jabatan Belia dan sukan Negeri Kelantan #DSKKBS.
Kelab Paintball Gerak Gempur Wira PKB satu-satunya kelab paintball IPT Malaysia serta kelab paintball pantai timur yang diluluskan lesen senjata oleh PDRM.
Sukan paintball adalah antara sukan yang semakin diminati oleh orang ramai. Sukan ini meliputi aspek teknikal, strategi, perancangan dan sebagainya. Sukan ini agak extrem yang memerlukan kawalan dan sistem keselamatan yang tinggi.
Antara Objektif program adalah:
- Meningkatkan penglibatan belia Kelantan dan belia pengajian tinggi dalam gaya hidup aktif sama ada dalam bidang sukan, kecergasan atau rekreasi
- Memberi pengetahuan asas kepada peserta dalam bidang sukan paintball terutama peraturan dan undang-undang.
- Memberi pendedahan kepada belia dalam menguruskan acara sukan
- Melahirkan pengadil dan pemain paintball belia Kelantan untuk diketengahkan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Penganjuran Kursus Kepengadilan ini telah disertai oleh 12 pelajar PKB dan 8 orang belia komuniti yang telah di uruskan oleh instructor dari Malaysia Paintball Referee Organization (MPRO) dan dibantu oleh teknikal Raskal Sports.
Bagi Kejohanan Paintball pula disertai oleh 11 team pelajar PKB dan 9 team dari belia komuniti.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En Fathuddin Aizat bin Che Mohd Ariff, Pengarah Kolej Komuniti Pasir Mas yang juga jawatankuasa kelab Paintball PKB
Keputusan kejohanan paintball komuniti @PKB 2023,
Juara- AZM Santai (komuniti luar)
Naib juara- werewolf Team (pelajar wanita sem 1 PKB)
Ketiga- team pangkal kalong (komuniti luar).
Kesemua peserta kursus asas kepengadilan paintball telah lulus dengan cemerlang. Sijil telah disampaikan oleh Mohd Syafieq Izzuddin hin Hussein, Event Manager Raskal Sport.

Monday, November 13, 2023

TARGET SHOOTING PAINTBALL PKB SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2023

 13-14 Oktober 2023 @ Gua Musang.

Kelab paintball PKB diberi mandat untuk menyediakan Paintball Target Shooting kepada penduduk Gua Musang. Sungguh meriah dan sambutan yang baik . Turut mencuba paintball PKB ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia.






                                           https://fb.watch/nFQ0YlVscn/?mibextid=2JQ9oc


PAINTBALL TARGET SHOOTING (SEMPENA KONVOKESYEN POLITEKNIK KOTA BHARU KE 36 )

 TARGET SHOOTING PAINTBALL SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN PKB KE 36.

11-14 September 2023.

Pengunjung berpuas hati dapat mencuba paintball PKB.









PAINTBALL TARGET SHOOTING (POLITEKNIK KOTA BHARU)

SEMPENA SUKSES KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA MURID KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2023

6 September 2023, Politeknik Kota Bharu : Karnival Pendidikan Kerjaya Murid Sukses Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan 2023 dihadiri lebih 7000 orang pelajar sekolah menengah dan rendah daripada seluruh negeri Kelantan yang berlangsung selama 2 hari di Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas.
Majlis perasmian karnival yang meriah ini telah disempurnakan oleh YBrs. En. Kamal Ruzaman bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah yang mewakili Pengarah Pendidikan JPN Kelantan. Turut hadir bersama YBrs. Gs. Sr Hj Mohd Fikri Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu, YBrs. En. Zaidi bin Kimat, Yang Dipertua Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Negeri Kelantan, YBrs. En. Che Anuzi bin Yusoff, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, ketua-ketua jabatan Politeknik Kota Bharu serta pegawai – pegawai kanan JPN.
Karnival ini melibatkan pameran oleh 40 buah reruai yang terdiri daripada IPTA dan IPTS seluruh negara termasuk 11 buah gerai jualan.
Karnival ini merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama bersama Politeknik Kota Bharu telah berlangsung 5hb - 6hb September 2023 bagi penganjuran di Negeri Kelantan. Hampir semua sekolah menengah di seluruh negeri Kelantan telah dijemput melalui Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
Kelab Paintball Gerak Gempur Wira Politeknik Kota Bharu mengadakan target shooting kepada semua pengunjung yang ingin mencuba paintball .




Wednesday, June 21, 2023

AKTIVITI MARI MENCUBA PAINTBALL (TARGET SHOOTING) SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2023 PERINGKAT NEGERI KELANTAN

 16hb dan 17hb Jun 2023 bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV Kota Bharu, team Kelab Paintball Gerak Gempur Wira Politeknik Kota Bharu telah mendapat jemputan dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan untuk membuat aktiviti Mari Mencuba Paintball (Target Shooting).

BANNER AKTIVITI






PEMASANGAN JARING KESELAMATAN


PEMERIKSAAN OLEH PENGUASA PERLESENAN PDRM


LAWATAN OLEH YB TIMBALAN MENTERI BESAR KELANTAN



PENGUNJUNG MENCUBA TARGET SHOOTING


LAWATAN OLEH MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA