Pengurusan Kokurikulum PKB

1. PPjR UDOM a/l EWON (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. AZMI BIN MAT RAIS (Pegawai Kokurikulum) 3. ARIF BIN AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum) 4. WEE SIEW PING (Ketua Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan untuk pelajar semester DUA.. dan Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 2 dan Kelab Persatuan di semester 3 (berkredit) Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 Unit Uniform semester 2 dan 3 ( berkredit) Unit Uniform semester 4 hingga 6 (sokongan pangkat) Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2 Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Monday, April 9, 2012

PKB Sport Festival

Salam Sejahtera,
Kepada semua Penasihat Akademik (Sem 1 dan 2) ,Pensyarah AR201 dan AR101 ,Unit Kokurikulum ingin memohon kerjasama dari pihak tuan/puan
untuk memaklumkan kepada pelajar semester 1 dan 2 supaya menyertai PKB Sport Festival yang akan diadakan pada 15 April 2012 (Ahad).
Mohon kerjasama pensyarah Kokurikulum (AR101 dan AR201) agar pelajar berada dalam barisan mengikut kelas/kelab/persatuan sebelum dan semasa sesi senamrobik berlangsung .
Kehadiran pelajar adalah bagi memberi sokongan dan menjayakan program yang dianjurkan oleh pelajar kita sendiri. Pastikan pelajar memakai T-Shirt kokurikulum.
Aturcara program adalah seperti di berikut:
08.00 pg - Pendaftaran Pelajar dan Staf Politeknik Kota Bharu
08.15 pg - Senamrobik
08.45 pg - Ketibaan tetamu, VVIP
09.00 pg - Aluan Pengerusi
- Bacaan Doa
- Nyanyian lagu Negaraku, Politeknik Malaysia,
Politeknik Kota Bharu
- Uacapan Aluan oleh Tuan Pengarah Politeknik Kota Bharu
- Perasmian Program oleh Dato ’ Sri Mustapha Mohamed,
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
- Gimik Perasmian
- Larian PKB Sport Festival / Sukan Rakyat / Sukan
Santai / Explorace /
Jom Masuk Poly / Lawatan Sekitar Kampus Politeknik
Kota Bharu
01.00 ptg - Bersurai
Kerjasama pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Udom
Unit Kokurikulum PKB

Key in markah kokurikulum AR101 dan AR201

Salam sejahtera…
Unit Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pensyarah yang komited menyelesaikan tugasan ( mengajar ) untuk sesi Disember 2012 dan kami berharap komitmen ini dapat diteruskan lagi untuk sesi hadapan. Sedikit pengumuman untuk semua pensyarah AR101 dan AR201 :
1. Mohon semua pensyarah AR101 dan AR201 menangguhkan dahulu urusan key in markah Kokurikulum untuk semester ini kerana pertukaran system daripada I-koko kepada sisterm baru ( web PKB ).
2. Bengkel penggunaan system baru dijangka dilaksanakan pada hari Selasa ( 17 April 2012 ) melibatkan pensyarah AR101 dan AR201. Surat panggilan bengkel akan diedarkan dalam masa terdekat ini,.
Harap maklum.
Udom
Ketua Kursus Kokurikulum
Unit Kokurikulum PKB