Pengurusan Kokurikulum PKB

1. PPjR UDOM a/l EWON (Ketua Unit Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. KAPTEN MOHD AZRI BIN ABDUL GHANI (Pegawai Kokurikulum) 3. MOHD FADLY BIN ABDULLAH (Ketua Kursus Kokurikulum)

Unit kokurikulum PKB

AR201-Kelab/Persatuan/Sukan untuk pelajar semester DUA.. dan AR101- Polibriged- DIMANSUHKAN kepada semua pelajar semester SATU.. dan telah dibuka Kurikulum baru. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 2 dan Kelab Persatuan di semester 3 (berkredit) Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 Unit Uniform semester 2 dan 3 ( berkredit) Unit Uniform semester 4 hingga 6 (sokongan pangkat) Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2 Unit Kokurikulum PKB hanya membuka 3/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa Sebarang pertanyaan sila datang ke Unit Kokurikulum

Wednesday, July 24, 2013

Kem Kepimpinan Pelajar Kokurikulum PKB Sesi Jun 2013

4 Julai 2013, Kuala Besut, Terengganu. Seramai 30 orang pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB) telah menyertai Kem Kepimpinan Pelajar Kokurikulum PKB Sesi Jun 2013 selama 3 hari 2 malam di D’Lagoon Perhentian Island, Terengganu. Sasaran peserta program ini adalah merupakan Jawatankuasa Tertinggi dalam setiap Kelab Kokurikulum 2 (AR201) bagi sesi Jun 2013. Majlis perasmian program ini dirasmikan oleh En. Udom A/L Ewon selaku Ketua Kursus AR201 merangkap Pengerusi Program. Tujuan utama Kem ini adalah mendedahkan peserta berkaitan dengan kemahiran asas untuk mengendalikan sesebuah kelab/persatuan. Kesemua peserta telah diterapkan tentang bagaimana menguruskan sesebuah kelab/persatuan dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti ice breaking, perkhemahan, ceramah kepimpinan, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Iktiar Hidup, keyakinan diri, kerjasama kumpulan (asas kaedah menjalankan aktiviti kokurikulum), pembentangan aktiviti (perancangan aktiviti kelab/persatuan sesi Jun 2013) dan persembahan kebudayaan. Jawatankuasa pengendali Kem ini ialah terdiri dari pensyarah yang berpengalaman iaitu Junekh Eyat Eng Tian-JKE (Pengarah Program), Mohd Sabri- JKM( Kem Komandan), Rosihan Aziz –JKA (Timb. Kem Komandan), Mohd Fadly -JKA(Kepimpinan), Anuar-JP(Kebudayaan),Mohd Azri-KOku (Ikhtiar Hidup). Hasil daripada kem ini juga, seramai 16 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) Induk AR201 telah dilantik bagi membantu Unit Kokurikulum PKB bagi melaksanakan pelbagai program yang telah dirancang pada Sesi Jun 2013. Semua kejayaan ini hasil dari komitmen semua pihak terutama dari Tuan pengarah PKB, AJK Program PKB dan Unit Kokurikulum PKB.

Saturday, July 20, 2013

PERSEDIAAN MALPTAAC 8/2013

Assalamualaikum dan selamat berpuasa Satu perjumpaan akan diadakan pada tarikh berikut: Tarikh: 21/7/2013 (ahad) Tempat: Student center Masa: 5.00 petang Diwajibkan kepada semua anggota yang mempunyai no.tentera dan masih belajar di PKB (semua termasuk yang tak pergi kursus Perajurit Muda). Perjumpaan ini bertujuan untuk mengesahkan kesediaan anda mengikuti MalPTAAC 8 (Kem Tahunan Askar Wataniah Politeknik Malaysia) pada 3-17/11/2013 bertempat di Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang. Sekian, Wassalam.