Pengurusan Kokurikulum PKB

1. PPjR UDOM a/l EWON (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. AZMI BIN MAT RAIS (Pegawai Kokurikulum) 3. ARIF BIN AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum) 4. WEE SIEW PING (Ketua Setiausaha JSKK)

Unit kokurikulum PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan untuk pelajar semester DUA.. dan Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 2 dan Kelab Persatuan di semester 3 (berkredit) Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 Unit Uniform semester 2 dan 3 ( berkredit) Unit Uniform semester 4 hingga 6 (sokongan pangkat) Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2 Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Wednesday, May 20, 2015

JEJAK GUNUNG TEBU 1ST SERIES

"Towards excellent leadership", begitulah tema program Jejak Gunung Tebu  1st Series yang telah diadakan dengan jayanya selama tiga hari bermula 19 Mac hingga 21 Mac 2015.  Program ini telah melibatkan 30 orang pelajar yang memegang jawatan sebagai Jawatankuasa Kokurikulum dan badan uniform di pkb iaitu RELASIS, WATANIAH dan PISPA dengan kerjasama beberapa agensi dan jabatan di Terengganu.  Program anjuran Unit Kokurikulum ini memberi peluang kepada para peserta untuk  meningkatkan tahap keyakinan dan jati diri mereka melalui pelbagai aktiviti kepimpinan dan ketahanan fizikal dan mental.  Ujian ketahanan fizikal dan mental telah dijalankan melalui Ekspedisi Gunung Tebu dan aktiviti survival seperti ikhtiar hidup serta aktiviti lasak seperti flying fox, rafting, abseiling dan water confident.  Secara tidak langsung, program ini dapat melatih pelajar dengan kelengkapan ciri-ciri kepemimpinan berhemah melalui semangat kerja berpasukan dan ketahanan diri yang unggul.  Selain itu, elemen kerohanian dan perkongsian minda melalui slot ceramah dan latihan dalam kumpulan turut dijalankan.  Program ini juga diadakan bagi menyampaikan watikah pelantikan kepada peserta sebagai  jawatankuasa kokurikulum PKB bagi tahun 2015.


Laporan oleh:
Muzimah Aida bt Md. Mustafa
(Unit Kokurikulum)


Tuesday, May 19, 2015

Jambori Kokurikulum 2014



Unit Kokurikulum PKB telah menganjurkan Jambori Kokurikulum untuk pasukan Unit Beruniform yang terdiri daripada Askar Wataniah, Pispa dan Relasis telah berjaya dilaksanakan pada 14 Oktober 2014 . Program ini bertujuan menerapkan elemen-elemen jatidiri kepada pelajar unit Uniform semester satu bagi mempersiapkan diri untuk ke saluran dua pada semester hadapan dengan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang ditetapkan oleh urusetia. Antara Pertandingan yang diadakan ialah Pertandingan kawad, Cari harta Karun, Pemasangan Khemah, Memasak, sukaneka, paintball (target shooting), layang-layang dan Ikhtiar Hidup. Keputusan keseluruhan pertandingan yang diadakan dalam Jambori Kokurikulum 2014 ini Pispa telah menjadi Johan Keseluruhan, Naib Johan Wataniah dan tempat ketiga Relasis. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik PKB, PPjKR Kamaludin bin Daud.







Lestari Alam Kokurikulum


Pusat Kokurikulum yang berada di padang Politeknik Kota Bharu dirancang dan dilaksanakan untuk merubah wajah dengan menjadi sebuah kawasan rekreasi dalam taman yang akan menjadi lokasi riadah pelajar Politeknik Kota Bharu. Program ini dirangka bagi menyemai jiwa murni pelajar semester satu untuk berkerjasama dalam membangunkan Pusat Kokurikulum mengikut kawasan tanggungjawab unit masing-masing. Program ini dirancang untuk Mendokong dasar teknologi hijau kebangsaan bagi meningkatkan kesedaran pelajar dan mengalakkan penggunaan meluas teknologi hijau.  
Tarikh: 18-25 mac 2015
Lokasi: Pusat Kokurikulum PKB
Peserta: Pelajar unit uniform semester 1 bersama Kelab Askar Wataniah




Monday, May 18, 2015

Kursus Kepengadilan Paintball


Kursus Marshall paintball yang telah dibuat berjalan lancar dan telah mencapai objektif yang telah digariskan. Para pelajar dapat pengaplikasikan teori yang dipelajari di dalam kelas untuk dipraktikkan di gelanggang paintball yang sebenar. Para peserta lebih yakin untuk menjadi pengadil atau marshall setelah ditunjuk ajar oleh jurulatih yang bertauliah.
Aktiviti: 
Seramai 25 orang peserta dikalangan pelajar PKB
Tarikh: 03-04/04/2015
Lokasi: Pusat Kokurikulum PKB
Majlis Penyampaian sijil kursus telah disampaikan oleh En Kamaludin bin Daud (Timb. Penagarah Akademik PKB)
Sijil kursus dari Malaysia Paintball Referee Organization
Penceramah En Muhammad Muhsin Mohammed (The Ultimate Judge Malaysian Nasional Paintball League (My-NPL)