Pengurusan Kokurikulum PKB

1. PPjR UDOM a/l EWON (Ketua Unit Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. KAPTEN MOHD AZRI BIN ABDUL GHANI (Pegawai Kokurikulum) 3. MOHD FADLY BIN ABDULLAH (Ketua Kursus Kokurikulum)

Unit kokurikulum PKB

AR201-Kelab/Persatuan/Sukan untuk pelajar semester DUA.. dan AR101- Polibriged- DIMANSUHKAN kepada semua pelajar semester SATU.. dan telah dibuka Kurikulum baru. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 2 dan Kelab Persatuan di semester 3 (berkredit) Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 Unit Uniform semester 2 dan 3 ( berkredit) Unit Uniform semester 4 hingga 6 (sokongan pangkat) Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2 Unit Kokurikulum PKB hanya membuka 3/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa Sebarang pertanyaan sila datang ke Unit Kokurikulum

Saturday, November 26, 2016

AWPKB menyertai MalPTAAC 11

Pada tahun 2016, Latihan Kem Tahunan Askar Wataniah Politeknik Malaysia kali ke 11/2016
(MalPTAAC 11/2016) telah di adakah di Politeknik Ibrahim Sultan, Johor.

Bertempat di PASIR GUDANG: Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan Rejimen 501 Askar Wataniah menjalankan kem Latihan Tahunan Askar Wataniah Politeknik Malaysia (MaIPTAAC) Siri 11/2016 selama 14 hari yang bermula Ahad lalu hingga 20 November depan. Kem latihan disertai 644 peserta dari 17 Politeknik seluruh negara itu bertujuan meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman peserta, selain keupayaan memperkukuhkan aspek disiplin diri serta kecekapan pengurusan secara berpasukan. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Pendidikan Politeknik, Mohd Ghaus Ab Kadir, berkata program yang diperkenalkan sejak tahun 1999 itu dalam usaha melatih peserta memiliki ketahanan mental dan fizikal menerusi latihan ketenteraan, selain memenuhi keperluan kokurikulum.
Seramai 3 orang Pegawai dan 35 orang anggota AWPKB telah menyahut jemputan PIS dan hanya berjaya menjadi Johan dalam acara sukan iaitu Bola Tampar Wanita sahaja.
Untuk latihan fasa medan semua anggota telah mengharungi cabaran dengan penuh berdisiplin mengikut apa yang telah mereka belajar semasa latihan tempatan sebelum ini di bawah bimbingan Jurulatih Batalion Kedua, Rejimen 506 AW. 


Taklimat dari Pen Peg Memerintah BN.2 sebelum pergerakan ke MalPTAAC


 Pendaftaran Penginapan di Kamsis PIS

Anggota AWPKB

No comments:

Post a Comment